Jom kita layan Lagu Kerja daripada Senario dulu!
a. Teringin nak Part Time Job
Dulu, masa tunggu result SPM, ada la gatal juga hati nak buat part time job. Masa tu kawan-kawan cerita dapat duit buat part time job, macam seronok sangat. Boleh beli macam-macam. Usia budak hingusan, dapat RM400 - RM500 pun dah rasa banyak... Kalau zaman sekarang, cukup-cukup untuk beli pampers dan susu anak.. Masa tu, parent tak terbuka sangat dengan part time job ni. Beza dengan parent sekarang, mereka lebih terbuka dan sesetengahnya memang support anak-anak buat part time job. Part time job sekarang pun berlambak-lambak dah... Kerja kat hotel, jadi rider, kerja kat pasar malam dan banyak lagi. Remaja zaman sekarang pulak buat part time job tu bukan saja nak tolong parent, malah ada ramai yang sanggup buat part time job ni sebab nak beli telefon, top up, nak bermewah-mewah... Saya memang tak merasa part time job ni masa sekolah dulu. Ayah memang nak semua anaknya fokus pada pelajaran. Masa tu pendapatan ayah sebulan dalam RM300 - RM500 je tau. Tapi ayah mampu besarkan kami dengan baik. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberikan kesihatan yang baik-baik untuk ayah.
b. Part time Job perlu ke tak perlu?
Saya membesar dengan mentaliti makan gaji dan berada dalam comfort zone, saya selesa dengan keadaan tersebut. Hampir 15 tahun dalam dunia pekerjaan hakiki, saya mula merasakan jiwa saya perlukan cabaran lain. Dengan pendapatan yang saya ada, saya hanya mampu membahagiakan diri dan anak-anak. Bukan tidak bersyukur, namun saya merasakan pendapatan yang saya ada sekarang agak terhad untuk membahagiakan lebih ramai orang terutamanya ahli keluarga seperti mak ayah dan adik-adik beradik. Setiap kali saya balik ke kampung, hati saya semakin kuat ingin keluar dari kepompong yang ada sekarang. Saya mahu ahli keluarga saya merasai juga apa yang saya nikmati. Oleh itu, saya mula menyimpan azam untuk melakukan part time job tanpa mengabaikan tugas hakiki saya. Dengan pendapatan part time tu, saya nak membahagiakan lebih ramai orang di sekeliling saya. Saya mula memikirkan part time job yang boleh saya ceburi. Saya berminat untuk menjual bekas Tupperware dan alat make up. Tapi macam saya katakan sebelum ini, otak saya ni pelik sikit. Saya takut pula yang membeli tu membazir dan bertabarruj. Adoi, terbantut niat nak berniaga. Nak jual makanan, harga barang pulak mencanak naik. Tak sampai hati nak jual mahal kepada orang pulak... haizzzz. Lepas tu, lama la juga saya tidak berfikir tentang niat nak berniaga tu lagi.
c. Alamak Terjebak
Entah macam mana la satu hari, tiba-tiba iklan Master Ainul muncul kat wall FB saya. Master Ainul ni sebenarnya dalam lama ada dalam friendlist saya. Saya jenis tak suka main FB. Jadi tak tahula perkembangan beliau. Tiba-tiba nampak iklan beliau tentang #Bisnesgayaintrovert yang kena sangat dengan jiwa saya. Buat bisnes apa tu??? Saya daftar jadi distributor #Shaklee dengan Master Ainul. Sesuatu yang memang tidak asing dengan saya. Tapi seperti yang saya nyatakan sebelum ini, dekat 10 tahun saya ambik Shaklee, tapi haram saya nak jadi ahli. Sebelum ni, banyak sangat halangan bila saya mula nak minat dengan sesuatu bisnes. Dengan #Shaklee ni memang lain macam. Saya tak rasa bersalah dan takut untuk kenalkan orang dengan #Shaklee sebab produk #Shaklee ni untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Kalau orang tu sihat, dia boleh beribadah, berbakti pada masyarakat sekeliling, bekerja dan banyak lagi. Kan kita pun dapat pahala sekali sebab bantu orang. Dengan #Shaklee juga saya tak takut kepada risiko rugi. Kenapa??? Macam kata suami saya, kalau orang tak beli, kita sendiri boleh gunakan sendiri. Kita tak buang produk, duit pun tak burn.
d. Ada Berani???
Percaya tak korang, once kita dah berjaya dan berani untuk ambik langkah yang pertama, insya Allah langkah kedua dan seterusnya jadi sangat-sangat mudah... Dan syukuralhamdulillah, #Shaklee ni brand orang dah kenal. Saya tak perlu bersusah-susah sangat. Orang yang datang cari kita. Percaya atau tidak, hari pertama saya bagitahu saya Distributor #Shaklee di FB, seorang rakan pm saya dan beli VIVIX dengan saya. Waktu tu saya promote set Rahmah kepadanya. Tapi dia dah pernah guna Cinch #Shaklee, jadi dia nak ambik yang lebih power; VIVIX. Jadi, saya yakin Allah temukan saya dan #Shaklee bukan saja-saja. Pasti ada perancangan yang terbaik Allah aturkan untuk saya... Sama juga dengan anda. Anda juga singgah dan membaca post saya juga bukanlah satu kebetulan. Pasti Anda juga seperti saya, ada perancangan yang terbaik Allah untuk anda. Ingat, hidup ini perlu BERANI MENGAMBIL LANGKAH PERTAMA. Jadikan #Shaklee part time job anda. Kenapa??? Saya ada terangkan dalam entri sebelum ini. Amacam, on ke tak on?
Saya memilih #Shaklee sebagai part time job saya. Anda pula bagaimana?
#bisnessonline
#shaklee
#bisnessmodalrendah
#bisnessgayaintrovert
#bisnessonlineshaklee
#shaklee
#bisnessmodalrendah
#bisnessgayaintrovert
#bisnessonlineshaklee
PUAN NANCY CHEN
Shaklee Independent Distributor (ID No: 1899504)
nancyahmadie@gmail.com
https://wa.me/60135713001
Setuju sangatt memang penting ada side income sekarang ni 👍 dlm byk byk part time buat Shaklee paling bebas tp benefit best sgt 😊 rugi siapa yg belum try Shaklee kan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKerja part time santai-santai tak terikat dengan waktu..mantap👍👍👍
ReplyDeleteya... kena pandai memilih
ReplyDelete