CERITERA 2 : TANAMAN DAN DIRIKU BERPISAH TIADA

CERITERA 2 : TANAMAN DAN DIRIKU BERPISAH TIADA



IRFAN DAN PEGAGA GERGASI

    




                                               Anak-anak explore kebun mini mama




Cubaan saya membuat taugeh sendiri 💜💜💜


Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi 

       Waktu senggang, saya suka turun ke tanah. Memandangkan ruang belakang rumah saya hanya sekangkang kera, maka saya hadkan penanaman kepada tanaman herba sahaja. Nak tanam Musang King, takut roboh pulak wall nanti. 😂😂😂Walaupun sudah dikelilingi 4 orang anak yang comel-comel, saya tetap akan mencari masa untuk ke kebun mini saya. Bukan apa, saya percaya, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Minat ni mungkin menurun daripada nenek dan datuk saya. Kata orang tua-tua, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Nenek dan datuk saya memang bergelumang dengan pertanian ni sejak dari dulu. Keluarga Cina sebelah ayah menanam lada dan pokok kelapa. Dulu masa kecik-kecik, mak selalu bawa saya memetik lada dan membuat copra (kelapa kering). Seronoknya bila dikenang semula. Sayang sekali, anak-anak tak sempat melihat dan merasai sendiri pengalaman tersebut. Cara memproses lada hitam dan lada putih pun mak ada tunjukkan. Kalau tengah rendam lada putih, adui... menyengat betullah baunya.Di sini saya attach cara membuat lada putih dan lada hitam okey. Dua proses yang berbeza, harga pun berbeza. Mungkin ada yang berminat nak tahu. Selalunya kita beli kat kedai je kan... At least kita tahu apa yang kita masukkan ke dalam mulut dan  perut kita. 



                  Video Penghasilan Lada Putih daripada Lembaga Lada Malaysia 2017

     

                Video Penghasilan Lada Hitam daripada Lembaga Lada Malaysia 2017


Jagung dan Aku 

        Pada tahun 2013, saya dah nak bersalin anak yang pertama. Jadi, waktu tu sebagai ibu muda, saya memang nak semua yang terbaik untuk anak dalam kandungan saya. Saya sanggup minta cuti sehingga sebulan tau. Masa tu, saya balik ke kampung ibu bapa saya. Ibu saya pula memang tak boleh duduk diam. Ada saja nak ditanamnya. Kalau duduk diam, tak cerialah hidup mak... Jadi, kami memang dah masak sangat dan turutkan apa saja kehendak mak. Dalam 2 minggu lagi saya nak bersalin, mak pergi menanam jagung. Saya tak sampai hati tengok mak bekerja seorang diri. Jadi, mak menugal (buat lubang benih), saya masukkan benih. Nak dijadikan cerita, saya kena menunduk dan berdiri berulang-ulang kali untuk masukkan biji benih tu. Ada masanya, menegang dah rasa pinggang tu. Dalam hati ada juga timbul kerisauan nanti susah nak beranak sebab buat kerja menimbus lubang benih tu... Tapi saya doa banyak-banyak kepada Allah, saya tolong mak. Niat saya baik, Allah takkan menganiayai hamba-Nya. Syukur alhamdullah, kelahiran anak pertama dimudahkan. Pesan saya kepada ibu-ibu muda yang tengah mengandung, niat dan doa kita tu sangat penting. Jangan sampai semua benda tak boleh nak buat. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik penjaga. Jika terpaksa lakukan kerja-kerja berat, mintaklah perlindungan daripada Allah. Insya Allah, dimudahkan. 


Shaklee Oh Shaklee

        Berbalik pada cerita nak semua yang terbaik untuk anak dalam kandungan, waktu tu saya suka la search di Internet. Study tentang preparation nak bersalin. Maklumla semuanya di hujung jari. Jadi, saya terserempaklah dengan brand Shaklee di alam maya. Opocot! Hehehe Produk jamu-jamu pun saya layan di Internet. Lama jugaklah saya asyik ulang-ulang membaca bermacam-macam produk. Akhirnya, hati saya kuat pada brand Shaklee. Kenapa Shaklee? Why??? Masa tu, memang takda orang perkenalkan Shaklee kepada saya. Saya mengenali Shaklee melalui pembacaan. Beberapa perkara dapat saya rumuskan hasil penelitian saya : 

  • Shaklee ni terkenal. Banyak orang bercakap tentang Shaklee di alam maya. Tak percaya cuba search...
  • Diperbuat daripada sumber alam, brand ni dah berusia 100 tahun. Kalau tak berkesan, takkan dia mampu bertahan apatah lagi bersaing dengan produk lain yang lebih terkini. Part ni saya tak perlu risau tentang side effect dan halal.
  • Banyak testimoni yang dipercayai. Brand ni juga mendapat kepercayaan para doktor tau. Masa tu bila saya sebut Shaklee, doktor tak halang saya ambik. 
  • Shaklee ni kita makan, tak effect pada bayi yang kita susukan. Malah, bayi pun dapat manfaat melalui pengambilan produk Shaklee oleh ibu. Haa... kan untung kat situ?
  • Yang paling saya suka, Shaklee ni sebenarnya JIMAT. Kenapa saya kata Shaklee jimat? Sebab :  Set Bersalin Shaklee misalnya, kita boleh consume sampai 3 selepas bersalin. Produk ni cover banyak masalah selepas bersalin seperti pemulihan semula selepas banyak kehilangan darah, pemulihan luka, pemulihan nafsu bersama suami, penghasilan susu dan banyak lagi. Sebab tu sedar tak sedar 4 dah anak weh... hehehehe

       Adakah saya menjadi Distributor Shaklee waktu tu? Tidak. Daftar ahli pun haram. 

        Waktu tu, kesedaran hanya untuk pemulihan selepas bersalin, bukannya kepentingan mengkomsumsi makanan tambahan / supplemen untuk mencapai tahap kesihatan yang berpanjangan. 

        Sehingga anak keempat, saya masih percaya pada keberkesanan Shaklee dengan izin Allah. Produknya dalam bentuk tablet memudahkan orang-orang seperti saya yang tidak suka sangat pada benda yang lembut dan lembap. Saya jenis cepat geli especially bila berpeluh. Aduh.. Dahla time berpantang tak boleh nak mandi kerap sangat. Jadi, Shaklee is the best choice for me!

        Adakah masa anak ke-4 saya menjadi Distributor Shaklee? TIDAK. Huhuhuhu Kenapalah takda orang yang share lebih awal kebaikan menjadi distributor Shaklee ni kepada saya... Saya RUGI banyak tahun tau!!! Thanks to Master Ainul yang akhirnya membuka hati saya untuk menyertai Team Shaklee. Takpalah, better late than never...

    Kalau anda juga pernah menggunakan produk Shaklee tapi masih juga belum menjadi ahli, tapi teringin sangat nak buat bisnes sendiri tanpa modal yang besar tanpa risaukan kerugian, bolehla pm saya melalui link ini : 

https://wa.me/60135713001 (Kak Nancy)


    Jangan rugi seperti saya tau 😓


                                              

Comments

  1. betul saya sangat bersetuju, sebagai pelajar berkerja sambil sekolah bukan lah hal yang mudah . jika anak - anak sendiri tidak pandai menguruskan masa benda tersebut akan makan diri mereka sendiri, sebagai contoh tidak focus semasa berkerja dan sewaktu pembelajaran sedang berlangsung di kelas .

    ReplyDelete
  2. Anak sulung saya nama Irfan juga! hehee

    ReplyDelete

Post a Comment