CERITERA 13 : BAGAIMANA SEL KANSER TERJADI

           Hujung minggu lalu, saya mengadakan kelas untuk murid-murid mengkaji isi kandungan Buku Teks Tingkatan 5. Salah satu bahagian yang menarik perhatian saya ialah  BERKAITAN KANSER. KANSER MERUPAKAN PENYAKIT KEDUA TERTINGGI YANG MENYEBABKAN KEMATIAN. 

               Dalam sejarah keluarga besar saya pula, kami mempunyai 3 orang ahli keluarga yang meninggal dunia akibat kanser. Sesiapa yang pernah melaluinya akan faham situasi yang perlu dihadapi oleh pesakit kanser dan keluarga mereka. Antara kesukaran yang dirasai ialah kekuatan mental kita diuji. Yang paling menyedihkan sebagai ahli keluarga dan orang berada di sekeliling mereka ialah kita kita mampu untuk meredakan penyakit mereka. Jika penyakit biasa seperti demam, kita boleh dapatkan ubat segera untuk meredakannya... Tetapi apabila melihat ahli keluarga meracau-racau akibat morphine semasa kimoterapi, kita akan kehilangan arah. Tak tahu nak buat apa selain melihat mereka kesakitan... Saat itu memang menyakitkan. 

        Setiap orang sewajarnya mempunyai pengetahuan tentang penyakit kanser. Pengetahuan ini berguna untuk mengurangkan risiko penyakit kanser kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina dan bangsa. 


Sumber : Buku Teks Tingkatan 5


Cuba kita semak faktor-faktor kanser tersebut. Saya yakin ramai dalam kalangan kita sudah mempunyai sekurang-kurangnya 2 faktor tersebut iaitu kurang bersenam dan kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Eh... saya makan buah dan sayur setiap minggu tau... tapi adakah sudah mencukupi... Jom kita lihat rajah di bawah.  

Sumber : KKM 


Haaa.... 2 hidangan buah dan 3 hidangan sayur setiap hari. Hmmm... tepuk dada tanya selera. Tapi kalau penyakit datang memang tak berselera dah kan... Jadi, kita perlu mengenal pasti punca dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadapnya persis peribahasa sediakan mencegah lebih baik daripada mengubati Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru kita hendak mengambil tindakan. 


1. APAKAH ITU KANSER? 

           Secara umumnya, sakit kanser ataupun barah merupakan sejenis penyakit yang boleh bermula pada mana-mana bahagian dalam tubuh badan manusia. Ia terjadi apabila sel normal dalam badan bertukar menjadi kanser, ia akan membesar dan merebak tanpa kawalan. 

        Secara saintifiknya pula, barah merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

        Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.

        Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.


Bagaimana sel kanser merebak

Kiri : Sel tumor yang tidak merebak
Kanan : Sel tumur yang merebak iaitu kanser



2. FAKTOR / PUNCA KANSER 

Sumber : KKM


Dalam keluarga SHAKLEE, kami bukan sekadar diajar untuk mengambil supplemen. 3 penekanan utama dalam keluarga SHAKLEE : 

1. Senaman
2. Menjaga makanan 
3. Pengambilan supplemen untuk support kekurang nutrien

Semasa saya mula menyertai SHAKLEE, saya menyedari SHAKLEE bukan sekadar brand vitamin yang ingin mengaut keuntungan semata-mata.Tapi... saya nampak matlamat SHAKLEE yang begitu jelas iaitu MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG KEKAL SIHAT. Sebab itu, jika anda ada kesedaran tentang kesihatan dan ingin influence dan educate masyarakat berkaitan kesihatan, anda WAJIB join SHAKLEE. Saya boleh bimbing anda. Berminat? PM.. 



PUAN NANCY CHEN
Shaklee Independent Distributor (ID No: 1899504)
nancyahmadie@gmail.com
https://wa.me/60135713001

#bisnessonline
#shaklee
#parttimejob
#kelasonline
#bisnessdarirumah
#bisnessmodalrendah
#bisnessshaklee














 

Comments