Nama saya Nancy. Hmmm mesti ramai yang pelik kenapa nama saya Nancy tapi saya memberikan salam. Boleh ke jawab salam ni? Boleh... Saya seorang Muslim yang berbangsa Tiong Hua atau dalam bahasa standardnya Cina. Keadaan ini saya sudah saya hadapi sejak bertahun-tahun yang lalu. Percaya atau tidak, sampai satu masa, saya terfikir untuk menukar nama saya. Masa tu saya baru naik Tingkatan 1. Nak tahu apa nama yang saya pilih??? Raihanah...
Waktu tu Kumpulan Raihan pun sedang mencanak-canak naik..
Iman adalah mutiara... di dalam hati manusia...
Ni kalau nyanyi live lagi semangat ni. 😄😄😄
Nak dijadikan cerita, semasa saya belajar di universiti, ada seorang pensyarah kami ni, suka panggil nama pelajar untuk menjawab soalan. Kecut perut sampai rasa nak terkencing pun ada. Apa tidaknya, dalam satu bilik tu ada dalam 200 lebih orang pelajar. Tapi memandangkan saya merupakan pelajar yang terbaik, mantap dan hebat 😂, saya memang suka duduk di barisan depan. Memang tabiat saya sejak di bangku sekolah lagi. Prinsip saya, lagi banyak air liur cikgu yang kena pada kita, lagi berkat ilmu tu. hahahaha korang berani ke tak?
Waktu tu nama saya pun dipanggil... Ha, sebab tu saya nak share tips ni, kalau tak nak nama dipanggil, jangan takut sangat ok. Buat-buat confident. Yang takut macam tikus tu lah yang biasanya jadi pilihan. Sebab apa? Mungkin vibes ketakutan tu sampai kepada pensyarah kot... Korang percaya tak teori saya ni? hehehe Dipendekkan cerita, pensyarah tak nampak saya angkat tangan kat depan. Bila dah perasan, tuan pensyarah tanya, nama awak memang Nancy ke? Nama Melayu awak? heehehe Kenangan tu mahal... Al-Fatihah buat allahyarham Tuan Haji Ahmad Khair. Pensyarah yang sangat bertanggungjawab dan selalu mengingatkan kami kepada Sang Pencipta serta menjadikan siapa saya hari ini. Siapa saya? Hehehe itu kita cerita lain kali lah ye.
b. Tukar ke tak nama tu?
Tak...
Ada satu hari tu, saya beritahu kepada guru kaunselor saya tak suka nama saya. Nama saya buat orang keliru. Nama saya selalu jadi tanda tanya orang. Nama saya tak komersial. hahahaha (Sorry apak).
Cikgu saya renung muka saya. Katanya...
"Nancy, nama tu hadiah pertama ayah awak kepada awak. Awak tahu tak, nama awak unik. Nama awak buat orang mudah ingat kepada awak. Dan awak tahu tak, nama awak tu, nama seorang pelakon Cina yang popular satu ketika dulu. Nancy Foo..."
Kembang kempis juga la hidung saya waktu tu ye. hehehe. Berhari-hari saya memikirkan kata-kata guru saya. Banyak benarnya.
Sekarang, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kita pun bernama Nancy juga, Datuk Hajah Nancy Shukri. Tumpang bangga la sipi-sipi pun jadilah... Bijak jugak insan-insan yang bernama Nancy ni. hehehe
Ni Datuk Hajah Nancy Shukri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
takut ada yang tak kenal kan? hehehe
c. Moral of the story
i. Setiap nama kita merupakan hadiah pertama ibu bapa kepada anak mereka. Kita tidak perlu malu dengan nama yang diberikan. Sebab apa? Sebab nama itu yang menjadikan setiap daripada kita insan yang istimewa dan berbeza antara satu sama lain. Nak istimewa lagi, sama-sama kita hiaskan nama kita dengan akhlak yang baik, berkongsi ilmu yang berguna dan mengajak masyarakat ke arah kebaikan seperti menjaga kesihatan. Sebab tu saya pilih untuk jadi Distributor Shaklee. Lain kali saya cerita dalam entri yang lain ok...
Hari ini 3 Mei 2023... Happy Birthday to Nancy. Dah 38 tahun rupanya. Nikmat usia yang Allah dah bagi. Semoga dengan bertambah usia, bertambah kematangan, bertambah keberkatan dalam hidup. Nancy doakan sama juga untuk korang semua...
Eh, belum terlambat lagi jika saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kuih raya banyak lagi ke tu???
Sekian, salam perkenalan. Semoga panjang ukhuwah kita...
Kisah yang sangat menarik dan boleh menjadi motivasi kepada cendikiawan² pada masa yang akan datang bahawa setiap nama itu mempunyai maksud yang tersirat (maaf jika salah fakta)
Agak menarik hmmmmmmmmmmmmm
ReplyDeleteterima kasih daun keladi...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebaru saya tau cikgu ada blog. Mantap la!
ReplyDeletehehehe saja cuba skil menulis di alam maya
Deletelol scott sini
ReplyDeleteKisah yang sangat menarik dan boleh menjadi motivasi kepada cendikiawan² pada masa yang akan datang bahawa setiap nama itu mempunyai maksud yang tersirat (maaf jika salah fakta)
ReplyDeletekita raikan pelbagai pendapat... terima kasih
Deletesalam malaysia madani
ReplyDeletesalam Malaysia Madani...
Delete