CERITERA 3 : SEBUAH PERJUANGAN

KESUSAHAN YANG MENDEWASAKAN


        Selepas keputusan STPM keluar, saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Alhamdulillah, ketika itu keputusan STPM saya jauh lebih baik daripada SPM. Selepas SPM, Saya pesan kat diri, kalau aku gagal lagi kat Tingkatan 6 ni, mana ada lagi Tingkatan 7. Syukur alhamdulillah, usaha tidak mengkhanati hasil. Kegagalan dalam SPM membuatkan saya bertekad untuk come back. Menebus segala kesilapan yang dibuat. Pendek cerita, saya mendapat Anugerah Pengetua 2004 pada ketika itu. Seronok benar tengok mak ayah ketika itu. Nampak jelas, mereka bangga dengan anak mereka. Sebab tu, kenangan semasa Tingkatan 6 melekat sangat-sangat dalam ingatan saya.. Terima kasih mak ayah yang tak pernah memaksa, guru-guru yang sangat komited dan kawan-kawan yang tak kedekut berkongsi. 

            Waktu tu jugak, kakak nasihatkan saya untuk menjadi pegawai polis sebab kalau saya masuk ke universiti, beban ayah akan bertambah. Kakak waktu tu pun sedang belajar di universiti. Duit PTPTN pun kadang-kadang tak cukup. Jadi, saya mencuba nasib mengisi borang Inspektor Polis. Alhamdulillah, saya dipanggil ke Pusat Latihan Polis di Kuching (PULAPOL). Seronok sangat tau... sebab masa tu saya belum lagi menjadi Inspektor, tapi layanan mereka terhadap kami seperti seorang Inspektor. Pegawai rendah di sana akan tabik hormat apabila berjumpa dengan kami. "Selamat pagi Puan!" Macam bermimpi... Selain tu, ada beberapa perkara yang diuji seperti berat badan, ketinggian, kawad, uji masa dan ujian bertutur. Memang terabur sungguh bahasa Inggeris saya time ni. Hehehehe. Nak attach surat tu, dah tak jumpa. Seingat saya pakai typewritter je surat tawaran tu...


SEGALANYA SUDAH TERTULIS

           Kita hanya mampu merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang. Nak tahu kenapa??? Jiran sebelah rumah saya berikan borang biasiswa tajaan SHELL yang dia jumpa di akhbar Borneo Post. Rakan dan arwah Cikgu Sariee Minan juga membantu saya mengisi borang tersebut secara dalam talian. Maklumla waktu tu, wifi pun saya tak kenal... Dipendekkan cerita, saya dipanggil untuk temuduga. Saya ingat lagi waktu tu, ayah menghantar saya ke Hotel Hilton dengan menggunakan motosikal. Sebab tu je kenderaan yang keluarga saya ada masa tu. Perjalanan pula memakan 2 jam. Yang saya sendiri pening memikirkan sampai sekarang, kenapalah saya "bijak" sangat pakai baju kurung naik motosikal tu wei... 😌😌😌 
Masa temuduga tu, saya bermati-matian untuk menjawab soalan 2 orang pegawai mereka. Dalam bahasa Inggeris lagi tu. Arghhhh.. Sebab stres kot dengar saya bercakap dalam bahasa Inggeris yang haru-biru tu, pegawai tu akhirnya surrender. Dia bagi saya bercakap dalam bahasa Melayu. Lama jugalah saya di dalam bilik tu. Sebelum keluar, pegawai wanita tu bagitau, "Nancy, saya belajar sesuatu daripada awak hari ni". Waktu tu, saya tahu saya akan dapat biasiswa tu. Saya predict je la waktu tu ok.. tak boleh la confident sangat boleh dapat, sebab yang lain datang tu hebat-hebat belaka. Seperti saya katakan tadi, takdir dah tertulis, saya berjaya mendapatkan biasiswa SHELL dan diraikan di Hotel Merdeka Palace, Kuching. 


              Saya menyambung pelajaran di sebuah universiti di Semenanjung Malaysia dengan duit tajaan. Tiket flight dibiayai, laptop pun mereka beri kita pilih sendiri. Claim je kat mereka. Masa tu rasa bangga la juga sebab selalu dapat naik MAS. Waktu tu MAS memang mahal harga. Takda lah promo macam sekarang... Tengah-tengah belajar tu, mak call bagitahu ada surat datang. Surat temuduga Inspektor ke IPK pula. Tapi, terpaksalah saya lupakan sebab dah sambung study dan dah dapat tajaan. Waktu tu juga, saya berjimat gila-gila walaupun duit biasiswa saya agak banyak. Duit biasiswa tu saya gunakan untuk membeli barang adik-adik. Saya dapat beli basikal untuk adik dan mesin urut kaki berjenama OSIM untuk mak saya tau. Masa kat U ni, memang cepat lapar... Mungkin kita study, banyak guna otak. Sekejap-sekejap dah lapar. Pernah sekali tu, saya nampak aiskrim. Teringin... Tapi saya tak beli. Saya cakap kat diri, kalau saya makan sedap kat sini, adik-adik kat kampung juga kena makan sedap-sedap. Pelik kan???


                            Ni lah mesin yang saya beli tu... Masih boleh guna sampai sekarang

            Bila tengok keadaan di U sekarang, pelajar sekarang beruntung sangat. Peluang berniaga online sangat luas. Mudah sangat nak buat duit. Nak tak nak je lagi... Haaa, mana-mana adik kat u tu, jika nak tengah-tengah mencari idea nak jual apa, boleh pm akak tau. Akak guide. Ingat, kalau nak pilih bisnes, pilihlah yang mempunyai ciri ini. Lebih-lebih lagi masa belajar, belum ada pendapatan.. Kena pilih yang ada ciri ni ok: 

a. Modal rendah, risiko rendah 
b. sentiasa ada permintaan
c. tidak berbahaya dan mengundang komen negatif masyarakat. Kalau tak, tak tidur malam asyik memikirkan kecaman nanti. 
d. ada proven result
e. ada mentor dan team. Yang ni penting, sebab kita ni kadang-kadang boleh down bila buntu tak dapat jual. Kita perlu ada group support. Mereka ni lah yang akan sama-sama membantu beri pandangan, idea dan sokongan untuk kita. Tak lah, hari ni jual, esok gulung tikar! 


Kalau korang pun berminat bisnes yg macam ni, jom pm akak. Kita sembang sampai jadi!

https://wa.me/60135713001 (Kak Nancy)


Comments