Pernahkah korang mendengar tentang suplemen, makanan tambahan atau vitamin sihat? Mungkin ada yang dah biasa dengar... Sejauh manakah pengetahuan korang tentang vitamin sihat??? Jom saya kongsikan beberapa fakta menarik tentang vitamin sihat ini. Bagi yang dah tau tu, kita ulang kaji sama-sama okey! Biar tambah berbunga-bunga cinta kita terhadap vitamin sihat ini. πππ
DEFINISI SUPLEMEN ATAU VITAMIN SIHAT
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, suplemen ialah makanan tambahan berbentuk sama ada pil, kapsul, gel lembut, susu, serbuk, tepung dan cecair.
Tak lengkap perbincangan kita kalau tidak menyentuh isi utama perbincangan iaitu mengapa kita perlu mengambil suplemen??? Tak cukup lagi ke makanan yang kita ambil setiap hari? Kenapa nak membazir??? Korang pernah tak dengar, orang tua-tua pernah berkata kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Perasan tak, banyak brand vitamin keluar di pasaran dunia sekarang. Kenapa? Hal ini disebabkan kesedaran pelbagai pihak terutamanya pakar perubatan dan pakar nutrisi terhadap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dunia. Macam serius sangat jer kan? Tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata... Jom kita terjah! πππ
Cuba korang layan kejap video kat bawah ni... πππ
Sumber : Youtube
Haaa... apa korang dapat dengan tengok video ni? Saya tengok video ni sampai tak kering gusi. Lawak betul team Cikidot ni... ππ
Tapi... dalam gelak-gelak tu, perasan tak korang, masih banyak dalam kalangan masyarakat kita memang kurang makan sayur. Kalau makan, mesti kenal dengan mudah kan?
Ni saya share jumlah pengambilan buah dan sayur yang disyorkan oleh KKM.
☝3 hidangan sayur-sayuran setiap hari
Niat di hati memang nak ikut sangat syor KKM ni tapi nak buat tu haizzz bukan main kelat. Menu telur goreng kicap jugaklah yang selalu jadi penyelamat kan? Sayur kat dalam peti tu banyak yang buruk ibarat nak ditelan pahit dibuang sayang.πππ Kat situ dah nampak kan kenapa kita perlu ambik suplemen. Saya tambah lagi 7 lagi alasan untuk renungan bersama.
1. 94% rakyat Malaysia tidak mengambil buah & sayur yang secukupnya setiap hari!
Berdasarkan statistik NHMS 2019 yang dikeluarkan oleh Institut Kesihatan Umum (IKU) menunjukkan 94.9% dewasa di Malaysia tidak mengambil jumlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang disyorkan.
2) Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam pada zaman sekarang, kurang bahan galian berbanding 20-30 tahun yang lalu. Aktiviti pertanian yang berterusan menyebabkan tanaman pada masa ini mendapat nutrien yang semakin berkurang. Oleh itu, penggunaan baja kimia akan digunakan secara meluas untuk memberikan nutrien pada tumbuhan. Namun atas dasar ketamakan manusia, masalah lain pula akan timbul.
Baca artikel di bawah juga untuk mendapatkan banyak info tentang tanah mati akibat penggunaan baja yang berlebihan oleh petani.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/562997/eksklusif-tanah-mati-ancam-cameron-highlands
3) Zat makanan mudah hilang atau rosak semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan makanan.
☝Misalnya, Vitamin larut air, terutama vitamin C dan vitamin B, sangat sensitif terhadap panas. Kedua vitamin ini banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan.
☝Penelitian dalam Chuli Zeng (2013) menunjukkan bahwa merebus sayuran dapat menghilangkan kandungan vitamin C lebih dari 50% pada bayam, selada, dan brokoli.
πππ Nak maklumat lanjut, ada di sini. Di bawah merupakan antara sebab lain kenapa kita perlukan supplemen dalam kehidupan seharian kita.
4) Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.
5) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi berbanding vitamin yang diperoleh daripada makanan.
6) Gaya hidup masa kini yang sibuk & jarang memasak di rumah. Cepat, mudah dan sedap.
7) Banyak penyakit berjangkit sekarang yang memerlukan vitamin tambahan untuk kita boost immune sistem kita.
Korang rasa, relevan tak kita ambik suplemen sekarang? Tapi, kalau korang sama pendapat dengan saya, jangan lupa pilih vitamin sihat yang mempunyai ciri berikut okey :
π BERKESAN
π HALAL
#bisnessonline
#shaklee
#parttimejob
#kelasonline
#bisnessdarirumah
#bisnessmodalrendah
#bisnessshaklee
PUAN NANCY CHEN
Shaklee Independent Distributor (ID No: 1899504)
nancyahmadie@gmail.com
https://wa.me/60135713001


Comments
Post a Comment